PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH KANOWIT


        Salam sejahtera  dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa kerana telah berjaya melancarkan Laman Web ini yang merupakan salah satu wadah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkhidmatan Pejabat Daerah Kanowit.
        Sejajar dengan perkembangan semasa, Pejabat Daerah Kanowit merupakan satu instituisi utama masyarakat  yang bertanggungjawab membentuk suatu masyarakat yang adil dengan menjelaskan hak-hak dan kuasa-kuasanya dengan penuh tanggugjawab serta bersikap iklas kepada semua orang yang menerima khidmatnya. Oleh yang demikian banyak usaha telah dilakukan untuk menyampaikannya dan ini adalah salah satu kaedah yang terkini. Setiap orang perlu memperluaskan pengetahuannya dan menimba sebanyak boleh ilmu di dada.

      Tuan/puan adalah dipelawa untuk melayari laman web kami disamping mendapatkan maklumat, juga digalakkan untuk memberikan cadangan atau idea baru agar dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Pejabat ini kepada semua golongan  lapisan masyarakat.

Sekian, selamat melayari Laman Web Pejabat Daerah Kanowit.
 
 

"Bersatu Berusaha Berbakti"
 
 
 

Edward Sadai Anja
(Pegawai Daerah Kanowit)

 Menu Utama