Perutusan Pemangku Pegawai Daerah
|
|

|
SEKAPUR SIRIH
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Setinggi-tinggi kesyukuran di atas kejayaan Pasukan Laman Web Pejabat Daerah Kanowit kerana akhirnya berjaya menyiapkan laman web rasmi Pejabat Daerah Kanowit. Terima kasih juga saya ucapkan kepada agensi-agensi lain yang terlibat dalam pembangunan laman web ini terutamanya pihak SAINS dan ICTU yang telah menyediakan Dynamic Template bagi memudahkan pembangunan laman web. Dengan siapnya laman web ini memberi mesej bahawa Pejabat Daerah Kanowit terus berusaha dalam berkongsi dan menghebahkan inisiatif dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
|
|
Sejajar dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak "A WORLD CLASS CIVIL SERVICE", Pejabat Daerah Kanowit telah mengambil langkah meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kepada para pengguna, khasnya warga Kanowit sendiri. Laman web ini diharap bukan sahaja dapat mendekatkan komunikasi antara Pejabat Daerah Kanowit dengan penduduknya, malah mewujudkan komunikasi yang lebih luas dengan tujuan mempertengahkan Kanowit kepada masyarakat luar. Oleh itu, kami akan sentiasa berusaha untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan dengan membekalkan maklumat yang tepat dan terkini. Harapan kita, laman web ini bukan sahaja sebagai rujukan untuk mendapatkan informasi tetapi juga bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan ICT.
Oleh yang demikian, pihak kami amat memerlukan sokongan dan kerjasama yang erat daripada semua agensi Kerajaan dan pelanggan umum di Daerah Kanowit atau di luar Daerah Kanowit agar melayari dan menggunakan perkhidmatan laman web kami.
Akhir kata, salam hormat daripada kami, warga Pejabat Daerah Kanowit. Semoga dengan melayari laman web ini, saudara saudari akan mendapat manfaat serta informasi terkini berkaitan hal-hal Pentadbiran Daerah Kanowit khasnya.Sekian.
“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN HONOUR TO SERVE”
IBRAHIM BIN KIPLI
Pemangku Pegawai Daerah
Kanowit

Visi & Misi Laman Web Kami
|
|
|
|